Antara Benci Dan Rindu 5
"IBU dengar Ifa keluar dengan Rizal tadi. Betul ke?"
Soalan ibu yang tiba-tiba itu membuatkan otakku berputar ligat. Siapa pula yang gatal-gatal mulut bercerita ni? Ni mesti kerja Rizal. Sah! Tapi apa pula motif dia?
"Macam mana ibu tahu?" soalku sambil menuangkan air ke dalam gelas untuk makan malam kami. Abah belum lagi turun. Mungkin sedang bersolat.
"Adalah..." jawab ibu selamba.
Ni yang aku tidak suka ni. Mesti ada konspirasi ni!
"Kalau ibu dah tahu, kenapa tanya Ifa lagi?"
"Jadi betullah Ifa keluar dengan Rizal tadi?" tanya ibu lagi. Wajahnya kelihatan ceria.
"Kalau ibu dah dengar macam tu... so, macam tu la," jawabku acuh tak acuh.
Aku tahu mungkin ibu menganggap hubungan aku dengan Yusrizal bakal mekar kembali. Tetapi ibu tidak tahu yang aku tidak akan sesekali membenarkan perkara itu berlaku.
"Eh, budak ni... cubalah serius sikit. Main-main pulak dia!"
"Ibu, pergilah panggil abah. Ifa dah lapar ni. Lepas ni Ifa ada kerja nak buat," ujarku cuba menukar topik perbualan. Aku tahu, ibu tidak akan berhenti bercakap jika perbualan itu berkisarkan tentang Yusrizal. Bekas menantu kesayangannya itu.
"Nak tukar topiklah tu!" Tempelak ibu lantas bangun menuju ke tingkat atas.
Aku menarik nafas lega. Dapat juga aku melarikan diri.
"OKAY class, today all of you have to submit your project report. I hope all groups can make it by today. Otherwise your marks will be reduced. Remember, marks contribution for this project is 20%. It’s quite a big proportion for your final marks, guys. So don’t lose it! Yes, Malik?" tanyaku apabila pelajarku itu begitu beria-ia mengangkat tangannya.
"What about presentation Miss Ifa?"
"Oh, yes, I was almost forgot about that. Thanks Malik for reminding me."
Kedengaran suara pelajar-pelajar mengeluh. Mungkin sedang menyalahkan Malik kerana mengingatkan aku tentang pembentangan itu. Maklumlah, mereka sudah semestinya tidak mahu melakukan pembentangan. Suatu perkara yang amat tidak digemari oleh para pelajar. Kerana sudah tentu apabila di hadapan hadirin pelbagai rasa yang akan muncul. Malu, gementar dan macam-macam perasaan lagi. Bagaimana aku tahu? Kerana aku juga pernah menjadi pelajar dulu.
"I think it’s better if we proceed with the presentation next week. I don’t want to point up which group will present first. It depends on you. If you think you’re ready to present, then you can just proceed. Is that, okay?"
"Yes!" jawab pelajar-pelajarku serentak.
"Good. After this you can hand-in your project report and class dismiss then."
Serentak dengan itu, kelas yang tadinya senyap sunyi kembali hingar-bingar. Seperti pasar saja keadaannya.
Aku mengumpulkan laporan projek yang telah diletakkan oleh pelajarku di atas meja. Ada yang tebal dan tidak kurang juga yang sebaliknya. Tetapi tidak semestinya yang kurang ketebalan itu tidak bagus. Aku perlu memeriksa isinya dahulu. Nasib baik ‘cover’ kepada buku projek itu telah aku tetapkan warnanya, iaitu warna merah. Kalau tidak macam-macam warna yang akan mereka pilih untuk dijadikan ‘cover’.
"Miss Ifa, boleh kita bercakap sebentar?"
Aku mengangkat kepala. Kelihatan seorang pelajar perempuan berbangsa India sedang berdiri di depanku. Wajahnya yang kelihatan keruh itu menunjukkan kesusahan hati yang dialami gadis itu.
"Yes, Melissa? How can I help you?"
"Actually, miss, I have a problem...."
"What kind of problem?"
"Sebenarnya, miss... saya percaya di dalam project report kumpulan saya, ada terselit satu surat. Surat kompelin daripada mereka tentang saya."
"Surat kompelin tentang awak?" Dahiku berkerut. Namun begitu tanganku lincah mencari-cari surat yang dimaksudkan oleh gadis itu... dan hasilnya ternyata benar.
Aku memandang wajahnya sebelum membuka sampul surat itu, lalu membaca. Selesai membacaa aku kembali memandang Melissa. Mengharapkan penjelasan.
"I think you have to explain it to me."
Gadis itu sedikit tertunduk.
"Kenapa awak tak beritahu saya sejak dari awal lagi? Kenapa bila dah parah macam ni baru awak nak bersemuka dengan saya?" tanyaku kepada Melissa.
Gadis itu masih menunduk. Kelihatan air jernih mengalir dari kelopak matanya.
"Saya tahu saya salah. Tapi masa tu saya tak tahu nak buat apa. Yang saya fikirkan ialah kesihatan emak saya. Saya sangat sayangkan emak saya."
"Ya, saya tahu tu. Siapa yang tak sayangkan mak. Tapi seelok-eloknya awak beritahu saya dulu. Bolehlah saya usahakan apa yang patut untuk awak."
"Jadi, bagaimana sekarang miss?"
Aku menarik nafas dalam-dalam sambil menyandarkan badanku ke kerusi.
"Saya rasa awak kena buat individual assignment. Saya tak boleh berlaku tak adil pada awak mahupun pada group awak. Apa kata esok awak datang semula ke bilik saya dalam pukul tiga petang. Esok saya akan bagi tugasan tu pada awak, okey?"
"Thanks, miss. I really appreciate that. Saya takkan mensia-siakan peluang yang miss bagi pada saya." Ucap gadis itu, ceria.
"HAI anak abah! Menungkan apa tu?" sapa abah yang baru turun ke ruang makan setelah dipanggil oleh ibu. Sekali gus melenyapkan ingatanku terhadap Melissa.
Melihatkan wajah abah yang manis tersenyum membuatkan aku memanjat kesyukuran. Walaupun aku anak tunggal tetapi keluargaku sempurna. Tidak seperti Melissa yang terpaksa menanggung beban tugas yang berat. Bagaimana agaknya gadis itu membahagikan masanya untuk belajar? Sudahlah terpaksa selalu pulang ke kampung untuk melawat ibunya yang terlantar sakit, dalam masa yang sama pula terpaksa menumpukan perhatian terhadap pelajarannya.
"La... yang pandang abah macam tu sekali kenapa?"
Soalan abah membuatkan aku tergelak kecil. Reaksiku tadi mungkin membuatkan abah sedikit hairan.
"Tak ada apa-apalah... tiba-tiba aje jadi rindu pulak dengan abah," jawabku manja. Pantas lengan abah kupaut. Manakala kepalaku pula melentok mesra di bahu abah.
"Dah besar panjang pun nak bermanja dengan abah lagi ya?" ujar abah sambil mengusap kepalaku.
"Mestilah, dengan siapa lagi Ifa nak bermanja kalau bukan dengan abah dan ibu?"
"Dengan suami!" sampuk ibu.
Aku mengerutkan dahi. Bila masa pulak aku kahwin. Aku confuse sendiri.
"Bila masa pula Ifa ada suami bu?"
"Lima tahun lepas."
"Itu dulu la bu. Sekarang ni Ifa dah single," jawabku pantas. Ibu sengaja hendak mendera perasaanku lagi.
"Boleh aje kalau nak berkahwin semula. Tapi kamu tu aje yang tak nak," kata ibu lagi.
"Tak naklah Ifa. Biar menjanda sampai ke tua pun tak apa. Ifa dah serik!"
Tiba-tiba abah mencubit pipiku agak kuat. Terjerit aku kesakitan.
"Abah ni kenapa? Sakit tau!" aduku sambil menggosok-gosok pipi.
Ibu tersenyum mengejek. Mungkin bersetuju dengan tindakan abah itu.
"Mulut tu celopar sangat. Kalau betul nanti tak kahwin sampai ke tua macam mana?"
"Alah... biarlah. Bukannya Ifa tak pernah kahwin. Pernah tau. Cuma tak kekal aje," jawabku.
Makin mencuka wajah ibu dan abah.
"Abah tak suka Ifa cakap macam tu. Ifa ajelah anak kami... satu-satunya anak kami. Kami dah tak ada anak lain. Kalau boleh, sebelum kami tutup mata, kami nak tengok ada orang jagakan Ifa. Ibu dengan abah ni dah tak lama lagi nak hidup, Ifa. Ifa nak ibu dengan abah pergi dengan hati tak tenang?"
Alamak! Inilah yang paling aku tak suka. Nampaknya perbualan kami sudah semakin serius. Dan yang paling aku lemah apabila orang tuaku menggunakan ajal sebagai modal untuk menutup terus mulutku. Aku merenung wajah-wajah orang yang paling aku sayangi. Perasaan sayu mula menjalar ke seluruh jiwa.
"Kenapa abah cakap macam ni?" tanyaku dengan suara serak.
"Abah tu cakap apa yang betul, Ifa. Kalau kami dah tak ada nanti, siapalah yang nak jaga kamu. Kami ni risau, Ifa. Ifa tu perempuan, janda pulak tu. Perkara yang paling membuatkan kami risau ialah Ifa tu tak ada adik-beradik lain. Nak harapkan saudara-mara, selama manalah Ifa boleh mengharapkan mereka. Mereka pun ada komitmen lain. Kalau Ifa dah ada suami tu lainlah. Terjamin dah masa depan Ifa nanti," balas ibu pula.
Hatiku tiba-tiba jadi sayu.
"Ifa, bukan tak nak kahwin lagi abah, ibu. Tapi Ifa serik. Pengalaman jadi isteri Rizal dah cukup membuatkan Ifa berfikir seratus kali untuk berkahwin lagi. Ifa takut dikecewakan lagi."
"Ibu faham perasaan kamu. Tapi hidup ni tak boleh berputus asa. Cuba bagi peluang sekali lagi kat Rizal... dan yang paling penting peluang untuk diri Ifa tu. Ifa pun dah dua puluh lapan tahun sekarang. Sepatutnya umur macam Ifa ni dah ada anak dua tiga orang, tahu?"
Kata-kata ibu tadi membuatkan aku terperanjat besar. Aku memandang wajah abah pula. Orang tua itu hanya tersenyum sambil mengangguk sebagai isyarat bersetuju dengan kata-kata ibu tadi.
"Hah? Bagi peluang pada Rizal? Oh, please no... no... no... Ifa tak nak kahwin dengan dia semula. Cukuplah apa yang dia dah buat pada Ifa. Ifa tak sanggup nak hadapinya lagi. Ifa sanggup kahwin dengan orang lain daripada kahwin dengan dia."
"Tak baik cakap macam tu Ifa. Abah rasa Rizal dah berubah. Dah tak sama macam Rizal yang dulu."
"Mana abah tahu dia dah berubah? Ifa nampak sama aja..." ucapku dengan nada menyampah.
Tapi aku tersedar yang ucapanku langsung tidak selari dengan fikiranku. Petang tadi dengan mataku sendiri, aku melihat Yusrizal bersolat. Satu perubahan yang agak ketara kerana selama tempoh aku menjadi isterinya, tidak pernah aku melihat dirinya menunaikan kewajipannya itu.
"Dua hari satu malam dah cukup untuk abah mengenali Rizal. Dia memang dah berubah Ifa. Ifa mungkin tak tahu yang Rizal la yang jadi imam solat maghrib dan isyak untuk kami semua."
Aku seakan-akan tidak percaya dengan apa yang abah katakan. Tetapi takkan abah nak berbohong pulak? Lagipun aku tidak boleh bersolat ketika itu. Jadi, mana mungkin aku turut serta untuk melakukan solat berjemaah di rumah itu.
Pada fikiranku, sudah tentulah abah atau Pak Kassim driver yang menjadi imam. Tetapi ternyata sangkaanku salah.
"Alah, kalau setakat nak berlakon tu tak payahlah abah. Dia tu memang pandai berlakon. Kalau setakat nak berlakon jadi imam apalah sangat, kan?" kataku masih cuba menyangkal kata-kata abah.
"Ifa, kamu ingat senang ke nak berlakon jadi imam? Ingat cerita dekat TV ke yang shoot bila nak bagi salam aja? Kalau yang tu memanglah siapa-siapa pun boleh!" tempelak ibu pula.
Aku semakin rimas. Walaupun aku seorang pensyarah tetapi untuk berlawan cakap dengan orang tuaku memang aku akan kalah.
"Cup! Cup! Ifa tak fahamlah. Kenapa abah dengan ibu beria-ia promote Si Rizal tu? Kan ke kami dah tak ada apa-apa hubungan lagi...."
Kelihatan abah dengan ibu serba salah. Mereka memandang sesama sendiri.
Aku mula rasa tidak sedap hati. Seolah-olah ada sesuatu yang cuba ibu bapaku sampaikan.
"Kenapa ni abah, ibu?" tanyaku.
Pada mulanya ibu seolah-olah berat hati hendak membuka mulut. Namun setelah abah menganggukkan kepala barulah ibu mengalah.
Sedangkan hatiku waktu itu sudah semakin berdebar kencang.
"Macam ni Ifa. Minggu lepas bekas mentua Ifa telefon. Katanya mereka nak hantar rombongan meminang Ifa minggu depan."
"Hah?"
Aku terkejut. Rasa hendak pitam aku mendengarnya. Rombongan meminang? Bermakna ibu dengan abah sudah bersetuju. Jika tidak, takkanlah mereka hendak menghantar rombongan meminang terus. Kalau merisik boleh jugalah aku menolak lamaran itu.
"Ibu, abah... apa ni? Bermakna ibu dengan abah dah bersetujulah?"
Rasa hendak pengsan aku dibuatnya bila ibu bapaku menganggukkan kepala.
"Kenapa ibu dengan abah tak tanya Ifa dulu?"
"Ifa, ibu dan abah buat semua ni untuk Ifa juga...."
"Untuk Ifa? Untuk Ifa ke untuk kepentingan ibu dengan abah?" ujarku kuat.
Hilang terus rasa hormatku kepada mereka dek kerana rasa geram yang tidak dapat ditahan. Aku tidak pedulikan perubahan pada wajah mereka walaupun aku tahu dosa yang bakal aku tanggung kerana meninggikan suara dengan mereka.
"Ifa! Kenapa cakap macam tu?" marah abah.
"Betul, kan apa yang Ifa cakap ni? Selama ni ada ke ibu dengan abah fikirkan perasaan Ifa? Tak ada. Semua ibu dengan abah yang tentukan. Ifa langsung tak diberi pilihan. Ifa dah dua puluh lapan tahun ibu, abah. Kenapa Ifa tak berhak nak buat keputusan sendiri? Yang nak kahwin Ifa, bukan ibu dengan abah. Ifa yang akan rasa deritanya bukan ibu dengan abah!" marahku.
Air mata yang sudah lama bergenang di kelopak mata jatuh berderaian.
Kedua-dua orang tuaku tertunduk. Mungkin menyedari akan kebenaran kata-kataku itu.
"Ibu tahu keputusan kami agak terburu-buru. Tapi percayalah sayang, kali ni kami tak silap buat pilihan," pujuk ibu. Telapak tangannya cuba mengusap pipiku.
Pantas aku menepis tangannya. Terkejut ibu dengan kelakuanku. Masakan tidak, selama ini aku tidak pernah melanggar perintahnya, tetapi hari ini berlainan sekali.
"Ifa tak kira, Ifa tak nak kahwin dengan Rizal!" Bentakku lalu berlari menuju ke bilik.
Panggilan ibu dan abah tidak langsung aku hiraukan. Amarahku benar-benar melonjak. Cukuplah aku terseksa dulu... aku tak mahu terseksa lagi.
Tetapi kenapa ibu dengan abah tak mahu memahami???
Aku melepaskan tangisku di atas katil. Tangisan itu bukan sahaja kerana tanda protesku terhadap keputusan ibu dengan abah, malah aku turut rasa berdosa kerana terpaksa meninggikan suara dengan mereka berdua. Orang yang tidak sepatutnya aku berkata ‘uh’ sekalipun.

0 comments:
Post a Comment