APA KATA HEROIN?

"Mungkin apa yang I katakan ni susah untuk you percaya. I faham kenapa you berfikiran seperti itu. I perempuan yang bertanggungjawab memusnah rumahtangga you. Sudah tentu sukar untuk mempercayai kata-kata perempuan seperti I, kan?" Anne menghentikan bicaranya buat sementara waktu. Matanya tunak merenung ke mataku.

APA KATA HERO?

"Abang faham kalau Ifa masih belum bersedia. Tapi abang tak nak tidur sorang-sorang. Abang kan dah ada isteri. So, abang nak tidur dengan isteri abang," ujarnya tenang ketika aku menyuarakan hasrat hatiku itu.

Sinopsis Antara Benci Dan Rindu

Aku benci zaman silamnya tapi aku rindu pada kasih sayangnya.

Kenangan lama yang masih segar tercalit dalam ingatannya membuatkan dia menolak kehadiran Yusrizal, seorang lelaki yang dirasakan pemabuk, kaki perempuan dan juga panas baran.

Namun siapa dapat menghalang kuasa Allah?

Jodoh mereka terlalu kuat sehingga menyebabkan Nur Halifah terpaksa menerima kehadiran lelaki itu.

Dalam masa yang sama kekasih lamanya, iaitu Daniel datang menagih kembali cintanya.

Tapi tidak mungkin dia akan menerima lelaki itu kembali kerana Daniel sudah bertunang.

Dia tidak mungkin akan melukakan hati wanita lain kerana dia juga seorang wanita.

Dia sudah merasakan kesakitan, dan tidak mungkin dia akan membiarkan kesakitan itu dirasai oleh wanita lain.

Dalam usahanya mengelak untuk jatuh cinta dengan Yusrizal, semakin banyak sifat positif yang terserlah pada lelaki itu.

Di saat harapan mula menyinar, Nur Halifah dikejutkan dengan kehadiran Anne, bekas isteri Yusrizal.

Apakah Nur Halifah bisa menerima hakikat di hadapan matanya? Atau menolak semua itu tanpa mengendahkan isi hatinya? Antara Benci dan Rindu ada jawapannya.

0 comments:

Post a Comment