APA KATA HEROIN?

"Mungkin apa yang I katakan ni susah untuk you percaya. I faham kenapa you berfikiran seperti itu. I perempuan yang bertanggungjawab memusnah rumahtangga you. Sudah tentu sukar untuk mempercayai kata-kata perempuan seperti I, kan?" Anne menghentikan bicaranya buat sementara waktu. Matanya tunak merenung ke mataku.

APA KATA HERO?

"Abang faham kalau Ifa masih belum bersedia. Tapi abang tak nak tidur sorang-sorang. Abang kan dah ada isteri. So, abang nak tidur dengan isteri abang," ujarnya tenang ketika aku menyuarakan hasrat hatiku itu.

Antara Benci Dan Rindu 3

AKU memerhatikan pelajar-pelajarku yang sedang tekun menyiapkan latihan yang telah kami bincangkan sebentar tadi. Itu adalah keadaan rasmi bagi setiap pelajar. Mungkin mereka pun sudah arif dengan cara aku mengajar. Sebelum menghadiri kelas aku selalu mengingatkan para pelajar supaya membaca nota yang telah aku upload ke dalam blog aku. Biasanya aku akan upload notaku itu seminggu lebih awal untuk memastikan pelajar-pelajarku membuat persediaan yang secukupnya sebelum menghadiri kelas. Ini kerana aku hanya akan menekankan bahagian teknikal sahaja. Maklumlah, subjek perakaunan memang banyak melibatkan pengiraan. Cuma beberapa peratus sahaja yang diperuntukkan untuk teori. Dan selalunya pelajar jurusan ini memang cukup fobia dengan soalan teori. Mereka lebih menumpukan pada bahagian pengiraan. Aku cukup maklum tentang itu, kerana aku juga pernah menjadi pelajar seperti mereka dulu.

Para pelajar masih leka dengan tugasan mereka. Tidak kurang juga yang sedang berbual di belakang kelas. Siapa lagi kalau bukan Malik dan Ridzuan. Tetapi aku tidak kisah kerana aku tahu kedua-dua pelajar itu adalah pelajar pintar. Sekali ajar sudah tersimpan kemas di dalam kotak ingatan mereka. Malah, setiap kali aku mengajar, mereka berdualah yang banyak membantuku ketika perbincangan kami.

Aku bergerak dari satu barisan meja ke satu barisan yang lain. Sempat juga ku intai ‘workings’ yang mereka lorekkan. Ada yang memuaskan hati, malah ada juga yang tidak. Biasalah, fikirku. Itulah yang dikatakan proses pembelajaran. Mesti melakukan kesalahan! Jika tidak bukanlah dinamakan belajar.

"Dayana, this is incorrect! I’ve told you so many times. Retained profit brought forward for the first journal entry in consolidation comes from the acquisition date. And retained profit for minority interest comes from current year amount. Don’t you remember?"

Pelajar itu menepuk dahi. Aku tersenyum dengan gelagatnya.

"Oh my God. I really forgot about that. No wonder my consolidated balance sheet was not tally."

"See? If you make a careless mistake from the beginning it will affect all your workings. So, be more careful. This is just a small mistake actually, but I can’t help you during the exam."

"Okay, Miss Ifa. Thanks."

Aku melihat jam di dinding. Sudah menunjukkan pukul tiga setengah petang. Nampaknya aku perlu menamatkan sesi pengajaran walaupun kelas sepatutnya tamat pada pukul empat petang. Lalu aku bergerak ke depan kelas.

"Okay class. We will end our class now. Before that please remember that our topic for next class is changes in ownership. I have uploaded it in my blog. So, please get the copy and make some revision before my next class. I will ask you some question related to the topic. Just to make sure that all of you do the reading. And one more thing, please complete your consolidated worksheet for the exercise just now. I have already given you the final answer, right? So, try to get the final answer. If you have any problem do not hesitate to see me, okay?"

"Okay, Miss Ifa!" jawab para pelajar serentak.

"Okay, class is dismissed."

Tanpa menunggu lama, aku lantas meninggalkan kelas dan menuju ke bilikku. Banyak lagi kerja yang menantiku di sana. Semuanya memerlukan komitmenku dengan segera. Yang pastinya dalam dua tiga minggu ini aku akan sibuk. Bimbang juga jika aku tidak akan punya masa untuk pelajarku. Setiap kali ‘consultation hour’ bilik akulah yang paling meriah daripada pensyarah-pensyarah yang lain. Pernah suatu ketika dulu, Encik Ramli menegurku kerana terlalu ramai student yang datang berjumpaku, sedangkan pensyarah lain tidak pula begitu.

"Hai, Ifa... meriah bilik awak ni nampak. Apa hal?"

Ketika itu aku sedang sibuk melayani kerenah pelajar-pelajarku yang datang dengan pelbagai permasalahan.

"Biasalah Encik Ramli, ini waktu consultation saya," jawabku.

"Hai, susah juga jadi pensyarah favourite pelajar lelaki ya? Waktu consultation mesti penuh dengan pelajar. Pelajar lelaki semua pula tu. Pelajar perempuan tak ada pula masalah dalam pelajaran ya," perli Encik Rahim.

Kelihatan mereka semua hanya tertawa. Aku pula malas melayan kerenah mereka lalu kembali menumpukan perhatian kepada pelajar-pelajarku. Bagiku, mereka memang memerlukan tunjuk ajar. Bukan seperti yang didakwa oleh sesetengah rakan pensyarah yang mengatakan pelajar-pelajarku hanya mencari alasan untuk berjumpaku. Nonsense! Takkanlah student nak mengurat pensyarah?

Aku meneruskan langkah. Saat kakiku menapak di depan bilik, hatiku sedikit hairan apabila ternampak seorang lelaki sedang bersandar di pintu bilikku. Di tangannya ada sejambak bunga mawar yang sungguh cantik. Lelaki itu lantas menyapaku.

"Cik Ifa?"

"Ya saya."

"Ada pesanan bunga untuk Cik Ifa," beritahunya sambil menghulurkan jambangan bunga itu kepadaku.

Aku menyambut hulurannya dengan seribu pertanyaan. Siapa pula yang bemurah hati memberikan jambangan bunga ini? Aku ada admirer ke?

"Sila sign di sini, Cik Ifa," pinta lelaki itu.

Aku yang masih kebingungan hanya menurut kehendaknya.

"Okey, terima kasih. Saya pergi dulu."

Aku hanya mengangguk. Selepas itu aku kembali menumpukan perhatian kepada jambangan bunga yang berada di dalam tanganku. Sekeping kad yang terselit di celah-celah kuntuman bunga itu aku ambil dan kubuka.


Hidup manusia memang tidak pernah sunyi dengan melakukan kesilapan,

Dan kesilapanku yang paling besar adalah melukaimu,

Kutahu bukan mudah untuk dirimu menerimaku kembali,

Tapi diri ini akan tetap mencuba,

Kerana kutahu kau tercipta untuk diriku....

~Yusrizal~

Setelah membaca kata-kata itu, cepat sahaja kakiku mencari tong sampah. Lalu jambangan indah itu kulemparkan ke dalamnya. Puas hatiku! Tidak cukup di rumah, kini Yusrizal berani pula menghantar bunga untuk memujuk rayuku. Jangan ingat begitu mudah aku akan menerima pujuk rayunya. Hati ini tidak akan sesekali tewas dengan pujuk rayunya!

0 comments:

Post a Comment